Britney Spears Menyambut Hari Lahirnya Yang Ke-35 Di Atas Pentas - Glam Malaysia

Britney Spears Menyambut Hari Lahirnya Yang Ke-35 Di Atas Pentas

 

Britney Spears meraikan hari lahirnya yang ke-35 Jumaat lepas dengan persembahan-persembahannya yang masih gah dan powerful. Britney membuat beberapa persembahan yang penuh bertenaga semasa acara 102.7 KIIS FM’s 2016 Jingle Ball di Los Angeles.

 

Puteri pop itu kelihatan sempurna dan cantik sambil dia menari dan menyanyikan lagu-lagu terkenalnya seperti “Stronger,” “Toxic,” “(You Drive Me) Crazy,” “Womanizer,” dan “I’m a Slave 4 U”.

 
https://www.instagram.com/p/BNjMnIMgSsl/
 

 

Susuk tubuh badan Britney yang toned dan fit diserlahkan lagi dengan kostumnya pada malam tersebut iaitu baju cropped top les putih, lengan berbulu pelepah, seluar pendek hitam dan digabungkan dengan stokin fishnet, boot hitam tinggi dan juga korset hitam.

 

 

Di samping itu, Britney juga mempersembahkan beberapa buah lagu dari album terbarunya “Glory” seperti “Do You Wanna Come Over?” dan duetnya bersama penyanyi R&B Tinashe “Slumber Party” yang dipersembahkan live buat pertama kalinya.

 

Britney Spears dan Tinashe.

Britney Spears dan Tinashe.


 

Selepas persembahan Britney, pengacara majlis Ryan Seacrest mengejutkan Britney dengan sebuah kek dan bersama-sama penonton menyanyikan lagu “Happy Birthday”.

 

 

Happy birthday from GLAM, Britney!

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid