Selepas Britney Spears membuat pengumuman perihal konsert jelajahnya yang bakal diadakan di Israel, mereka sanggup mengubah tarikh pilihanraya mereka supaya tidak bercanggah dengan konsert penyanyi tersebut.
Satu Israel nampaknya amat meminati Spears.
Sejurus selepas Spears dilaporkan tiba di lapangan terbang Jerusalem all hell broke loose.
Ketibaan Spears telah menyebabkan kekecohan di lapangan terbang yang sibuk itu apabila peminat mula menyerbu wanita itu.
Spears dan kumpulan keselamatannya ibarat diserang oleh peminat-peminatnya hanya kerana mereka mahu menyapanya. Pengawal keselamatan Spears juga terpaksa melompat ke atasnya untuk melindunginya daripada sebaran kecederaan.
Ikutan kejadian itu, Spears telah membatalkan segala aktiviti yang dirancangnya untuk hari itu termasuklah perjumpaan bersama Perdana Menteri Israel sendiri, Benjamin Netanyahu.