British Fashion Award 2016 Meraikan Dunia Fesyen

Pereka Donatella Versace bergaya bersama model Gigi Hadid. Sumber: instagram/britishfashioncouncil
Malam 5 Disember di Royal Albert Hall, London, industri fesyen meraikan individual-individual yang telah menempa nama dengan sumbangan dan kejayaan mereka. Acara berprestij yang dihadiri oleh lebih kurang 4000 orang tersebut menampakkan kemunculan pereka-pereka fesyen ternama, model-model, editor-editor, penyanyi dan juga pelakon.
Perubahan yang dilakukan oleh British Fashion Council untuk British Fashion Awards pada tahun 2016 adalah perubahan namanya kepada Fashion Awards sahaja untuk menunjukkan yang acara ini juga meraikan fesyen industri dalam skala antarabangsa.
“Sebagai satu industri yang global,kita harus memberikan komitmen untuk membantu orang-orang yang berbakat dari pelbagai latar belakang untuk merealisasikan impian mereka dan juga memberi peluang untuk mereka belajar di universiti-universiti paling bagus di dunia,” nyata pengerusi BFC, Natalie Massenet. “Dalam jangka masa 10 tahun akan datang, matlamat kami adalah untuk meraih dan melabur sebanyak £10 juta untuk membantu individu muda yang bermatlamat sebegini. London kini dilihat sebagai kapital untuk bakat-bakat baru di dunia yang boleh membekalkan bakat dan tenaga untuk industri fesyen global.”
Acara pada tahun ini juga didapati lebih glamorous berbanding yang sebelumnya dan Natalie sekali lagi menyatakan bahawa mereka di BCF cuba untuk menggabungkan Academy Awards dan juga Met Ball pada skala yang global.
Oleh: Ai Nazmi Norzaid
Senarai pemenang-pemenang adalah seperti berikut:
British Emerging Talent

Molly Goddard (dipersembahkan oleh Alexa Chung dan Jordan Barrett)
Swarovski Award For Positive Change
Franca Sozzani (dipersembahkan oleh Tom Ford)
British Menswear Designer

Craig Green for Craig Green (dipersembahkan oleh Lady Gaga)
British Womenswear Designer

Simone Rocha for Simone Rocha (dipersembahkan oleh Kate Beckinsale)
Isabella Blow Award For Fashion Creator

Bruce Weber (dipersembahkan oleh David Bailey dan James Jagger)
Special Recognition Award

British Vogue (dipersembahkan oleh Mario Testino)
British Brand

Alexander McQueen (dipersembahkan oleh Naomi Campbell)
International Business Leader

Marco Bizzarri for Gucci – (dipersembahkan oleh Karlie Kloss dan Francois-Henri Pinault)
International Urban Luxury Brand

Vetements (dipersembahkan oleh Marilyn Manson)
New Fashion Icons Award

Jaden and Willow Smith (dipersembahkan oleh Edward Enninful)
International Model

Gigi Hadid (dipersembahkan oleh Donatella Versace)
International Accessories Designer

Alessandro Michele for Gucci (dipersembahkan oleh Jared Leto)
International Ready-To-Wear Designer

Demna Gvasalia for Balenciaga (dipersembahkan oleh Stella Tennant dan Carine Roitfeld)
Outstanding Achievement
Ralph Lauren (dipersembahkan oleh David Beckham)