Jurusolek dan juga pengasas jenama alat solek ternama Bobbi Brown bakal menarik diri daripada jenama yang diasaskannya 25 tahun yang lalu pada hujung tahun ini. Keputusannya ini telah disahkan oleh Estee Lauder Companies dan mereka juga menyatakan bahawa presiden global mereka Peter Lichental akan terus mengawasi perniagaan tersebut.
“Saya sangat berterima kasih kepada orang-orang hebat yang saya berpeluang untuk bekerjasama sepanjang saya bersama Bobbi Brown dan saya merasa bangga dengan usaha kreatif dan juga produk inovatif yang kami telah hasilkan bersama,” Bobbi menyatakan mengikut WWD.
Bobbi merupakan salah seorang perintis dalam kalangan jurusolek yang mengalakkan gaya natural dalam solekan untuk wanita dan dari situ tercetus idea untuk dia menghasilkan koleksi kosmetiknya sendiri.
Pengerusi eksekutif William P. Lauder menyatakan bahawa Bobbi merupakan seorang jurusolek yang sangat kreatif dengan idea yang penuh revolusi unutk mengubah tangaapan wanita terhadap kecantikan.
Bobbi yang tidak dapat ditemu bual tetapi dia mengeluarkan kenyataan mengenai ulangtahun ke-25 jenama Bobbi Brown merupak satu lonjakan yang besar untuk dirinya dan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia memulakan babak baru dalam hidupnya.