Bella Hadid Menitiskan Air Mata Di Pertunjukan Fesyen - Glam Malaysia

Bella Hadid Menitiskan Air Mata Di Pertunjukan Fesyen

Kerjaya model Bella Hadid dan popularitinya dalam dunia peragaan kian meningkat sejak kebelakangan ini dan paling ketara adalah apabila beliau boleh dilihat menggayakan koleksi nama-nama besar di Minggu Fesyen New York.

 

Antara dua nama besar yasng Bella membuat penampilan adalah untuk pertunjukan Prabal Gurung dan juga Oscar de la Renta. Semasa dua pertunjukan ini jugalah model muda ini menitiskan air matanya akibat terharu.

 

Semasa pertunjukan Prabal Gurung pada hari Ahad (waktu di sana), suasana pertunjukan itu berubah membuatkan mereka yang hadir beremosi ketika finale pertunjukan tersebut ditujukan kepada perjuangan feminist. Model-model berjalan di sepanjang pentas peragaan itu sambil mengenakan kemeja-t dengan slogan-slogan memberi semangat.

 

Bella Hadid semasa pertunjukan Prabal Gurung
Foto: Imaxtree

“The Future is Female” (Bella sendiri memakai kemeja-t ini), “I Am an Immigrant” dan”This Is What a Feminist Looks Like” yang dipakai oleh Prabal Gurung.

 

Bella yang tidak dapat menahan emosinya kerana ternampak Prabal sendiri menitiskan air mata, turut menitiskan air matanya sendiri sebelum dia berjalan keluar untuk menutup pertunjukan tersebut.

See also
Jessica Chastain Halang Stigma Kecantikan!

 

Keesokannya pula Bella membuat kemunculan untuk koleksi debut Oscar de la Renta dan dia sekali lagi menitiskan air matanya kerana terharu dibeir peluang untuk menutup pertunjukan tersebut dengan gaya terakhir daripada koleksi itu.

 

“Saya menangis lagi! Saya tidak pasti kerana minggu ini sangat beremosi, tetapi pertunjukan tersebut merupakan perkara yang besar bagi saya. Ini merupakan jenama yang ikonik dan saya sentiasa mengagumi pereka-pereka ini. Saya menangis ketika dapat tahu saya ditawarkan untuk pertunjukan ini dan apabila saya dapat tahu saya akan menutup pertunjukan ini, saya hilang kata-kata,” terang Bella.