Behati Prinsloo dan Adam Levine Sambut Ulang Tahun Ketiga Bersama!

Behati dan Adam Sambut Ulang Tahun Ketiga!

 

Sudah tiga tahun semenjak supermodel Victoria’s Secret, Behati Prinsloo dan suaminya, penyanyi Maroon 5, Adam Levine mengikat tali perkahwinan. Dalam masa itu, mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dusty Rose pada tahun lalu. 

 

Model berkelahiran Afrika Selatan itu memuat naik foto bersama suaminya buat ulang tahun perkahwinan mereka kelmarin, 19 Julai. Foto berona hitam putih itu disusul dengan kapsyen manis yang berkata “My ride or die“. Behati dan Adam bernikah pada tahun 2014 di Los Cabos, Mexico dengan kurang 300 tetamu yang hadir untuk menyaksikan hari berperistiwa itu. 

 

 

Beberapa bulan selepas ikatan gembira itu, Adam hadir ke rancangan bual bicara, The Ellen DeGeneres Show pada bulan September. “Saya tidak sangka saya akan suka akan kehidupan [berkahwin] ini.” kata penyanyi kacak itu. “Bagaimana ia berlaku? Kini, saya sering gunakan perkataan [isteri]. Saya katakan tanpa sebab. Saya sering gunakannya — ‘Wife wife wife,’ I love it.”

 

See also
Sejenak Bersama Datin Lynda Rahim

Awww, tahniah buat pasangan merpati dua sejoli ini!