Beg Fendi Dotcom Click merupakan beg Dotcom versi mini yang direka khas untuk menepati citarasa wanita urban.
Canggih lagi sofistikated dengan fungsi removable pouch yang boleh digunakan sebagai beg acara malam atau beg tangan untuk minum kopi mahupun membeli belah. Beg ini boleh didapati dalam material quilted nappa leather atau nabuk suede.
Selain dari pemegang pendek, beg ini turut ditambah dengan tali rantai panjang. Versi kulit polos dihidangkan dalam warna biru muda, poppy hingga warna hitam. Bahagian logam diperbuat daripada palliadium sepadan dengan warna perak corak timbul logo Fendi. Studs ikonik Fendi boleh dilihat di bahagian dalam dan luar pouch juga menghembuskan aura rock kepada beg timeless ini.
Dotcom Click boleh didapati di butik Fendi seluruh dunia dan di fendi.com.