Apa Yang Kylie Jenner Inginkan Buat Hari Lahir ke-20? - Glam Malaysia

Apa Yang Kylie Jenner Inginkan Buat Hari Lahir ke-20?

Aww.. Cute!

 

 

Jika sebelum ini hadiah-hadiah ulang tahun diberinya bernada mewah dan melebih, to some extent, buat hari lahirnya yang ke-20, Kylie Jenner hanya mahukan sebuah item sentimental sahaja.

 

Kylie dan teman baiknya, Jordyn Woods disoal oleh E! News baru-baru ini akan apa yang akan dilakukan mereka buat hari lahir Kylie yang bakal tiba tidak lama lagi. Hal demikian kerana Kylie sememangnya terkenal dengan parti-parti hiburan yang terlebih out-of-this world

 

 

“Lazimnya, [buat hadiah] setiap tahun saya akan bercuti dan saya gemar melakukan perkara yang istimewa dan besar. Namun begitu, tahun ini, saya merasakan vibe keluarga,” kata bintang rancangan Life of Kylie itu. “Saya hanya mahu bersama keluarga dan rakan-rakan,” sambungnya. 

 

Apabila wartawan E! News, Erin Lim bergurau senda dengannya, “Saya rasa Jordyn sedang merancang sesuatu.” Kylie hanya mampu bersenyum dan menjawab, “Dia [Jordyn] mempunyai rahsia. Saya tahu dia sedang merancang sesuatu.”

See also
Ariana Grande Mengkritik Taylor Swift Kerana Terus Membisu?

 

Dalam perihal perancangan parti pula, Jordyn mendedahkan bahawa ianya sangat sukar untuk membeli buat Kylie, tetapi beliau lagi sukar untuk dirancang sesuatu kerana Kylie suka “bercampur tangan” dan sering menanyakan pelbagai soalan! 

 

 

Apa yang dimahukan oleh jutawan empayar Kylie Cosmetics itu? “Tempat simpanan barangan kemas,” jawab Kylie. “Saya perlukan sesuatu untuk menyimpan dan membawa barangan kemas saya. Itu betul-betul sesuatu yang rawak. Ianya satu-satu barang yang saya boleh fikirkan sekarang. Selain itu, saya tidak mahu apa-apa.”

 

“Saya tidak peduli. Saya bakal lakukan perkara-perkara amal sewaktu hari lahir saya dan saya sukakan benda sentimental, kerana benda yang materialistik, jika say mahukan sesuatu, saya akan mendapatkannya sendiri. Saya kurang senang jika orang lain yang membelikannya buat saya.”

 

Like I would love just a nice card,” tambah Kylie kepada teman rapatnya itu.