Angelina Jolie Bersuara Mengenai Perpisahannya Bersama Brad Pitt - Glam Malaysia

Angelina Jolie Bersuara Mengenai Perpisahannya Bersama Brad Pitt

Angelina Jolie bersama anak-anaknya (dari kanan) Maddox. Pax, Zahara, Knox, Vivienne dan Shiloh.
Foto: Getty

Setelah berbulan melalui proses perceraiannya bersama Brad Pitt, Angelina akhirnya bersuara mengenai perkara ini dalam satu temubual bersama BBC.

 

Angelina (41) yang berada di Kemboja bersama enam orang anaknya untuk filem terbaru arahannya First They Killed My Father ditanyakan mengenai kisah perceraiannya oleh seorang wartawan BBC, Yalda Hakim.

 

Angelina Jolie bersama Maddox, pax, Zahara dan Shiloh di Kemboja.
Foto: TANG CHHIN SOTHY/AFP/Getty Images

Memandangkan filem ini berkisarkan keluarga dan kehilangan, Yalda menanyakan jikalau Angelina ingin menyatakan apa-apa mengenai hal ini.

 

“Saya tidak mahu berkata banyak [mengenai hal ini] cuma perkara ini merupakan saat yang genting kepada kami dan kami juga sebuah keluarga. Dan kami akan sentiasa menjadi sebuah keluarga. Kami akan melalui saat ini dan berharap untuk menjadi keluarga yang lebih teguh,” terang Angelina sedang dia mula bergelinang air mata.

See also
Kisah Baru Natalie Portman & Miss Dior

 

Foto: Paolo Stagnaro/Netflix

Apabila ditanya mengenai bagaimana dia mengendalikan hal ini dan keluarganya Angelina menjawab yang fokusnya adalah terhadap anak-anaknya dan bagaimana mereka harus kekal teguh sebagai satu keluarga walau apa pun.

 

Angelina menganggap Kemboja sebagai rumah keduanya kerana Angelina bertemu dengan anak sulungnya Maddox (15) di sana ketika dia hanya berusia 7 bulan.

 

Rancangan Angelina dalam tempoh lima tahun juga memberikan fokus kepada minat anak-anaknya dan dia ingin memastikan kebahagiaan mereka dalam apa jua yang mereka lakukan.

 

Angelina turut berharap apa sahaja yang dia lakukan, anak-anaknya akan nampak kebaikan dalam perkara tersebut dan mencontohinya dan bukannya dari lensa Hollywood.