Kebelakangan ini kehadiran anak selebritidi hamparan merah mengundang perhatian. Jika sebelum ini Brooklyn Beckham menjadi buruan lensa, kini giliran anak bujang supermodel Cindy Crawford pula!
Kemunculan Presley Walker Gerber yang berumur 16 tahun di sebuah majlis bersama ibu bapa serta adik perempuannya baru-baru ini ternyata mencuri tumpuan. Bukan sahaja memiliki wajah tampan, tetapi dia juga mewarisi tahi lalat terkenal ibunya.