Amber Heard telah mengetengahkan pendapat peribadi beliau tentang penderaan rumahtangga dalam sebuah video yang penuh emosi oleh #GirlGaze. Walaupun bekas suaminya, Johnny Depp tidak dinamakan dalam peringatan / pengumuman tersebut, Amber sangat berharap bahawa kata-katanya dapat memberi semangat kepada mangsa-mangsa lain untuk terus bersabar dan berharap akan kebaikan. Amber dikhabarkan bahawa beliau termaktub dibawah rang undang-undang untuk merahsiakan intipati penceraiannya.
Rumahtangga selebriti Hollywood ini melonjak ke perhatian ramai apabila Amber memfailkan cerai terhadap Johnny, hanya setahun selepas bernikah. Amber seterusnya memfailkan perintah larangan terhadap bekas suaminya itu kerana Johnny didakwa olehnya sebagai seorang pendera yang ganas. Amber juga memberi bukti gambar akan penderaan yang dihadapinya itu.
Mereka berdua kemudiannya menyelesaikan perbezaan masing-masingh. Desas-desus khabar angin berkata Amber diberi $7 juta hasil “pergelutan” itu, dan mendermakan kesemuanya kepada Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (secara khasnya buat langkah-langkah untuk menghentikan keganasan terhadap wanita).
“Saya beranggap bahawa terlalu banyak penghinaan berkat hubung dengan label yang dinamakan “mangsa”. Ia terlalu kerap berlaku kepada wanita.”, katanya sambil teresak-esak.
“Anda tidak perlu bersendirian. Anda tidak bersendirian. Kita boleh mengubah semua ini. Penderaan wanita tidak terhad kepada penderaan fizikal.”, ulas Amber berselang kesedihan.