Amanda Seyfried dan Thomas Sadoski Akirnya Bergelar Suami Isteri - Glam Malaysia

Amanda Seyfried dan Thomas Sadoski Akirnya Bergelar Suami Isteri

Disember lalu pelakon Amanda Seyfried dan pasangannya Thomas Sadoski mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

 

Foto: Bleecker Street Media /Courtesy Everett Collection

Baru-baru ini Sadoski secara tidak langsung mengumumkan yang mereka telah berkahwin apabila dia memperkenalkan Seyfried sebagai isterinya dalam rancangan Late Late Show.

 

“Kami pergi ke kawasan luar bandar dengan seorang officiant, hanya kami berdua, dan kami buat apa yang patut kami buat,” Sadoski memberitahu James Corden.

 

Thomas Sadoski & Amanda Seyfried
Foto: Lisvett Serrant/startraksphoto.com

Pasangan suami isteri baru ini juga menulis ikrar kahwin mereka sendiri dan Sadoski menerangkan perkahwinan peribadi mereka sebagai satu detik yang indah dengan hanya mereka berdua pada masa itu.

 

 

Dia juga merasa sangat lega yang hanya mereka bertiga sahaja yang hadir semasa perkahwinan itu.

“Ianya sangat sempurna. Sepeti anda mendapat hidup anda. Kami keluar makan malam, kami lakukannya dengan bagus.”

 

See also
Arca Mendiang Puteri Diana Bakal Dinaikkan Sempena Ulang Tahun ke-20 Pemergiannya

Menyentuh perihal kedatangan cahaya mata pertama mereka pula, Sadoski mengaku yang dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang bapa.

 

“Saya berasa sangat teruja mengenai hal ini lebih daripada apa yang saya pernah rasai sebelum ini. Saya juga berasa sangat takut mengenai hal ini,” terang Sadoski.