Affair Luar Set Antara Princess Leia dan Hans Solo - Glam Malaysia

Affair Luar Set Antara Princess Leia dan Hans Solo

carrie-fisher-harrison-ford-ft

 

Memang lumrah untuk selebriti Hollywood tampil dengan buku autobiografi sendiri tatkala usia menjelang senja. Sama seperti Carrie Fisher yang terkenal dengan watak Princess Leia dalam filem Star Wars, bukunya ditunggu ramai kerana dia dikhabarkan membuka pekung di dada berkongsi kisah hubungan intimnya dengan pelakon utama, Harrison Ford!

 

Segalanya bermula di set Star Wars pada 1977. Waktu itu Ford berusia 33 tahun dan yang memegang watak Hans Solo. Ford memang digilai ramai wanita dan Fisher yang waktu itu hanya berusia 19 tahun, telah jatuh cinta pandang pertama. Menyimpan impian mahu menjadi teman wanita Ford, Fisher membiarkan Ford bermain perasaan dengannya. Dari cuma bersuka-suka, hubungan mereka membawa ke katil.Malam pertama mereka bersama berlangsung sebaik pulang dari parti hari jadi director George Lucas.

 

Hubungan sulit yang berlarutan selama tiga bulan itu cukup mengasyikkan. Carrie teruja mahu Ford menjadi teman lelakinya dan dikatakan sanggup melakukan apa sahaja. Kata Carrie Fisher, “It was so intense. It was Han and Leia during the week, and Carrie and Harrison during the weekend.” Apa yang sebenarnya menjadi kontroversi adalah hakikat yang Ford ketika itu sudah pun bergelar suami orang dan memiliki sepasang cahaya mata.

See also
‘The Crown’, ‘The Mandalorian’ Mendahului Emmy 2021 Dengan 24 Nominasi

 

Hanya setelah 40 tahun berlalu, Fisher kini bersedia tell-all dalam buku autobiografinya. Apa yang menarik, Fisher membuat pengakuan yang Ford tidaklah sehebat mana di ranjang. Bak kata orang, never let a pretty face fool you!

 

Harrison Ford kini suami kepada aktres Calista Flockhard sejak 2010.