Adam Levine Batal Konsert Maroon 5 Demi Behati
Adam Levine dan Behati Prinsloo berkahwin pada Julai 2014 selepas dua tahun bercinta bakal menyambut cahaya mata pertama mereka dalam masa terdekat. Mengikut laporan US Weekly, Behati dijangka bersalin pada hari ini iaitu 20 September. Levine yang merupakan penyanyi untuk kumpulan Maroon 5 terpaksa membatalkan beberapa konsert mereka untuk bersedia dan memberi sokongan kepada isterinya.
“It’s life, and it’s beautiful, but it can be complicated, and I apologize for any convenience. Soon [Behati Prinsloo] and I will be celebrating the birth of our first child and, as I’m sure you all understand, I need to be there. I’m really looking forward to seeing everyone in the spring” ujar Levine yang memohon maaf kepada peminat menerusi video di Instagram.
Berikut merupakan gambar Behati yang dimuat naik di Instagram untuk mendokumenkan perjalanannya sebagai seorang bakal ibu: