Kering Eyewear Malaysia Kini Di Pavilion Kuala Lumpur
Kering Eyewear Malaysia dengan kerjasama Metro Optical Group mengumumkan pembukaan butik baharu di Pavilion Kuala Lumpur. Kini opsyen untuk mendapatkan kacamata bermutu tinggi dengan rekaan yang terbaik sudah lebih mudah. Apatah lagi dengan tanda jenama mewah yang menjadi idaman pecinta fesyen.