Get To Know: Bella Kuan, Athina Kamarudin, Khadija Meor & Siti Hariesa, Beauty Connoisseur Pertama GLAM BEAUTY CLUB
Barisan Beauty Connoisseur GLAM BEAUTY CLUB yang pertama iaitu Bella Kuan, Athina Kamarudin, Khadija Meor dan Siti Hariesa berkongsi mengapa anda juga harus menjadi ahli GBC ini!
GLAM Beauty Club merekruit lima wanita cantik ini sebagai panduan untuk generasi baharu dalam dunia kecantikan yang berkongsi rahsia dan pandangan mereka mengenai arus perubahan terutama penjagaan wajah, badan dan rambut. Kerana dengan pengalaman mereka yang berbeza bidang adalah suara buat wanita di luar sana.
Athina Pesan Jangan Insecure Dengan Tubuh Anda!
Nobody’s perfect! Pesan GBC Beauty Connoisseur, Athina. Jangan pernah insecure dengan tubuh anda dan berani seperti Beyonce!
Sudah lumrah manusia, apabila tengok orang kurus, tinggi mulalah teringin nak bertukar angin. Atau berbadan curvy pula mengundang cemburu wanita kurus! Boleh dikatakan lelaki gemar wanita badan berisi kerana lebih FIT nafsu mereka. Jangan biarkan golongan ini membandingkan bentuk tubuh anda atau jangan biarkan anda terpedaya dengan dunia ‘TIPU-TIPU’. GBC kembali bersama model dan bintang media sosial, Athina Kamarudin yang juga bergelar Beauty Connoisseur GLAM Beauty Club.