GLAM PROMOSI - JUN 2018 - Glam Malaysia

GLAM PROMOSI – JUN 2018

Tempoh penyertaan : 1 – 30 Jun 2018

Menang!

Rawatan wajah CRES Wellness Placenta Infusion Treatment  bernilai RM6,000 kesemuanya.

 

 

Kembalikan seri wajahmu dengan rawatan CRES Wellness Placenta Infusion Treatment yang dirumus khas dengan perubatan gred Placenta Protein dan y-PGA yang mampu menghidrat, menganjal dan sekaligus menampilkan kulit yang lebih muda. Teknologi nano yang digunakan menambah penyerapan nutrien 10 kali lebih kuat ke dalam dermis, inilah cara yang terbaik bagi memulihkan kulit yang kusam agar revitalisasi kulit dapat dinikmati untuk kesan jangka panjang. Rawatan ini juga amat berkesan bagi mengurangkan kesan-kesan penuaan seperti garis halus, parut serta pori-pori yang tidak diingini tanpa perlu pembedahan suntikan, luka pada muka mahupun yang memudaratkan. Bahan esen yang digunakan bagi rawatan ini termasuklah Placenta Protein , White Jelly Mushroom, Hydrolyzed Elastin, y-PGA Boost Serum, Hydrolyzed Hyaluronic Acid, Ice Masque, German Chamomile, Menthol, SOS Serum, Aloe Vera, dan Roman Chamomile. Kombinasi bahan-bahan tersebut membantu memberi impak maksima buat kulit anda dengan meningkatkan penyerapan nutrien, mengekalkan dan mengisi semula kelembapan kulit. Rawatan ini juga menggalakkan penghasilan kolagen, membaik pulih sel-sel rosak dan menguatkan sistem imun.

See also
Datin X: Gara-gara Silap Berkasih

Click here if you have issue accessing the promo form above