GLAM PROMOSI - JULAI 2016 - Glam Malaysia

GLAM PROMOSI – JULAI 2016

glam july

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 31 July 2016

_____________________________________________________________________________________________

[tab: JUNE JACOBS]

Menang!
8 x Set June Jacobs Spa Collection bernilai RM860 

JJ

 

Koleksi Spa June Jacobs
Dirumuskan daripada ekstrak botani dan tumbuhan yang mengandungi kepekatan tinggi serta kuasa pemulihan yang diiktiraf, June Jacobs Spa Collection menampilkan koleksi produk rawatan muka yang bebas daripada paraben, bahan pengawet, pewarna sintetik serta bahan-bahan yang mengandungi petrokimia serta wangian. Kepercayaan June terhadap penciptaan produk tanpa paraben dan pengawet digabungkan dengan teknologi hydrosol iaitu proses penyulingan bahan aktif kepada bahan paling tulen bagi mencapai keputusan yang sukar untuk ditandingi.
 
Antara produk rawatan June Jacobs Spa Collection adalah Neroli Hydrating Mist yang sesuai digunakan pada semua jenis kulit. Terutamanya, buat anda yang memerlukan lembapan tanpa rasa bebanan minyak berlebihan pada kulit. Formulasinya membantu meneutralkan radikal, melindungi kulit serta memerangi tanda-tanda awal penuaan pada kulit.
 
Mandarin Moisture Masque pula dihasilkan daripada anti-oksida ekstrak teh putih, merah dan hijau yang digabungkan bersama delima, goji beri serta biji anggur menjadi gel masker penyegar yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Bak sejambak limau mandarin segar yang dilangsungkan ke kulit muka, aromanya membangkitkan deria.

See also
Senarai Pemenang GLAM - NOV 2016

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: BOWERHAUS]

Menang! 
8 x Set aksesoris daripada Bowerhaus bernilai RM869
setiap satu

BOWER

 

Koleksi Mutiara Bowerhaus

Diinspirasikan oleh Bowerbird di mana ia akan mengumpul cengkerang, dedaun, batu malahan plastik untuk dijadikan sebagai tempat berteduh bagi tujuan menarik pasangan, kedua-dua pasangan adik-beradik kelahiran Australia, Shen-Tel dan Elizabeth mencipta label tersendiri yakni Bowerhaus yang nyata popular di kalangan peminat aksesori.
 
Obsesi mereka terhadap pengumpulan aksesori dari seluruh dunia dikaitkan dengan keunikan Bowerbird di mana setiap koleksi aksesori yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan dari serata dunia, malah rekaannya berlainan dan istimewa. Antara koleksinya ialah Duchess merupakan sepasang anting-anting yang diilhamkan daripada perhiasan Diraja yang menggunakan mutiara air tawar yang diapit bersama batu zirkonia multi warna.
 
Selain itu, koleksi Lucky daripada Bowerhaus juga menjadi tumpuan di mana ia diilhamkan oleh Elizabeth yang mempercayai maksud di sebalik four leaf clover iaitu kemasyhuran, kekayaan, kesetiaan dan bertuah. Keistimewaan koleksi ini adalah setiap rekaan rantai Lucky dilengkapi mutiara air tawar serta ibu mutiara yang dibentuk seperti four leaf clover. Hadir dalam pelbagai warna, koleksi rantai Lucky sesuai dipadankan bersama Duchess yang menaikkan lagi seri si pemakai. Untuk info lanjut, layari www.bowerhaus-shop.com bagi koleksikoleksi menarik Bowerhaus.

See also
Menangi ‘Weekend Spa Treat’ Bernilai RM1,000 daripada Bfab.my Sempena Hari Ibu

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: NELISSA HILMAN]

Menang! 
32 x Voucher daripada Nelissa Hilman bernilai RM200 setiap set

NH

 

Koleksi Summer Nelissa Hilman
Bermula sebagai pelatih dan bekerja di rangkaian seni pembuatan kasut di Florence Itali, Nelissa Hilman menghayati nilai-nilai serta seni pembuatan kasut menerusi kemahiran pembuat kasut yang mempunyai kepakaran tinggi di dalam penghasilan setiap pasang kasut. Pada 2012,
Nelissa Hilman menubuhkan label jenama sendiri khas buat wanita. Ciri rekaan yang diterapkan pada setiap koleksinya adalah kontemporari dan klasik namun selesa. Antara koleksi keluaran Nelissa Hilman adalah flats ballerina hingga ke stiletto menjadi pilihan penggemar kasut.
 
Koleksi Summer Nelissa Hilman 2016 membias ciri kesempurnaan wanita dengan menampilkan rangkaian kasut stiletto klasik yang berunsurkan feminin dan moden. Keistimewaan koleksi ini menandakan peralihan daripada koleksi-koleksi sebelumnya di mana ia menggunakan Lux Itali sebagai bahan utama. Hadir di dalam empat warna iaitu Silver Embossed, Ivory, Moroccan Brown serta Rose Pink, koleksi Summer Nelissa Hilman pastinya memukau.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above