GLAM - PROMOSI ISTIMEWA KLFW 2016 - Glam Malaysia

GLAM – PROMOSI ISTIMEWA KLFW 2016

KLFW 2016 kembali membentangkan gabungan menarik pereka-pereka di ibu negara Malaysia bermula dari 17 hinggan 21 Ogos bertempat di Pavilion Kuala Lumpur. Hampir 100 pereka akan mempamerkan rekaan never-seen-beforeRunway Collection” eksklusif di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear. Antara pereka yang bakal menggegarkan pentas peragaan KLFW tahun ini ialah, Moto Guo, Melinda Looi, Kit Woo, Dato’ Farah Khan, Fashion Valet, Mimpikita, D.GNAK, P.E.L.L.A, Angel Chen, Romance Was Born dan juga  tiga pemenang AirAsia Runway Ready Designer 2015. Dengan kerjasama Tourism Malaysia dan AirAsia, KLFW 2016 turut menampilkan empat pereka antarabangsa dari negara China, India, Australia dan South Korea bagi menggalakkan lagi pertumbuhan pereka-pereka tempatan dan antarabangsa di pentas fesyen negara.
 
Seperti tahun lalu, GLAM Malaysia membuka peluang kepada para pembaca untuk bersama-sama meraikan kemeriahan Kuala Lumpur Fashion Week disamping berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa yakni busana daripada pereka fesyen terpilih. Pada tahun ini, Rizman Ruzaini telah dipilih dan istimewa buat pemenang bertuah, anda berpeluang untuk memiliki sepasang busana daripada koleksi Rizman Ruzaini bernilai RM1780 beserta sepasang tiket ke acara fashionista ini.

See also
Senarai Pemenang GLAM - September 2017

 

KLFW2016

 

Ingin ketahui bagaimana anda boleh memenangi Busana daripada Rizman Ruzaini bernilai RM1780?
 
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menjawab soalan di bawah beserta slogan yang paling kreatif mengenai KLFW.

 

Terma & Syarat

  • Hanya penyertaan bermula dari tarikh 1 Julai 2016 dan seterusnya akan diterima
  • Keputusan adalah muktamad dan pemenang akan dimaklumkan menerusi emel
  • Hadiah hanya boleh untuk dituntut di pejabat Blu Inc Media di Seksyen 13 Petaling Jaya
  • Peraduan akan berakhir pada 31 Julai 2016, pada jam 11.59pm.

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above