Use your ← → (arrow) keys to browse
Menang!
2x Penginapan 2 Hari 1 Malam Bernilai RM6789 Kesemuanya
Dinobatkan oleh Malaysia’ s Book of record sebagai Resort dengan bilangan kolam renang terbanyak, Grand Lexis Port Dickson terletak di Lukut berdekatan dengan bandar Port Dickson. Resort bertaraf 5 bintang ini direka bentuk dengan sentuhan tropikal Bali dan setiap 317 villa dilengkapkan dengan kolam renang peribadi.
Selain daripada Deluxe Pool Villa dengan satu katil king dan juga Sky Pool Grand Villa 3 katil saiz king, villa yang lain turut menyediakan 2 katil saiz king untuk memuatkan 4 tetamu dewasa dengan selesa. Empat restoran menyediakan perbagai hidangan untuk pengunjung sama ada makanan tempatan, makanan antarabangsa mahupun makanan ringan.
Selain daripada kolam renang, ia turut menyediakan kolam renang kanak-kanak beserta gazebo. Kawasan berpasir yang terletak di Tower Block adalah sesuai untuk aktiviti bola sepak pantai, bola tampar mahupun aktiviti team building.