Use your ← → (arrow) keys to browse
Menang!
3 x Jam tangan Vintage Persona
daripada Claude Bernard
bernilai RM6,387 kesemuanya
Koleksi jam tangan klasik Claude Bernard
Memenuhi keperluan wanita yang mendambakan sentuhan jam tangan yang klasik dan elegan, Claude Bernard memperkenalkan rangkaian jam tangan ‘Vintage Persona’. Ciri-ciri koleksi ini dihiasi dengan kristal Swarovski dan tulisan Roman bermotifkan bunga timbul pada arah jam 12. Ia juga diserlahkan dengan corak pusaran halus dan rim yang diukir seperti ilusi cincin berlian. Sentuhan vintaj pada pergelangan tangan yang lembut berserta dengan bingkai jam yang berbeza daripada yang lain menambahkan lagi sentuhan sensasi estetika jam tangan ini. Koleksi ini hadir dengan tali kulit buaya asli berwarna putih yang elegan, hitam klasik dan ungu yang mempesonakan. Rasai pengalaman menggayakan jam tangan ‘Vintage Persona’ Claude Bernard.