Sejauh mana warna kamar tidur mempengaruhi kualiti seks anda dan pasangan? Ya, ia sangat mempengaruhi, seperti apa yang dinyatakan dalam kajian dari Mirror.co.uk. Satu kajian daripada mirror.co.uk mendapati warna kamar atau bilik tidur boleh meningkatkan ghairah seksual ketika berhubungan intim, namun warna apakah ia?
Ungu. Percaya atau tidak, warna ungu adalah warna terbaik untuk anda dan pasangan menghangatkan hubungan intim.
Ya, berdasarkan survey serta kajian, lima pasangan diletakkan dalam lima bilik tidur berlainan, dan hasilnya pasangan yang tidur di dalam bilik tidur yang berwarna ungu lebih banyak melakukan seks iaitu lebih dari tiga kali seminggu. Kajian juga mendapati warna ungu merupakan warna yang seksi. Pasangan tersebut jua berkata, mereka lebih tenang, gembira dan tidak sesak apabila melakukan seks di dalam bilik berwarna ungu.