Puteri Deena (kanan) bersama Leandra Medine di pentas Altuzarra Fall 2015
Wajahnya bukanlah asing di dunia fesyen. Puteri Deena sering dirakam lensa sewaktu menghadiri pentas fesyen terkemuka serata dunia. Pemilik butik D’NA di Arab Saudi ini mempunyai citrasa hebat dalam soal gaya. Lihat sahaja akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 30 ribu pengikut, seakan ensiklopedia fesyen dari era 80-an hingga 90-an, cukup memberi inspirasi!