Seks Atas Talian - Glam Malaysia

Seks Atas Talian

Perhubungan jarak jauh ada kala melelahkan, apatah lagi buat pasangan yang sudah berumah tangga. Sudah pasti rasa kerinduan dan keinginan untuk bersama semakin meninggi. Namun jangan risau! Zaman kini sudah berubah, termasuklah dalam jaminan kepuasan seks walaupun jarak memisahkan anda berdua. Gunakan sambungan internet, gajet canggih serta aplikasi di telefon bimbit anda, dan mula hidupkan fantasi seks dengan daya kreativiti anda. Antara yang boleh anda cuba adalah…

——

1. Phone Sex

Dengan teknik ini, anda dan pasangan harus bijak bermain dengan imaginasi dan saling berbual tentang sesuatu yang erotik (menaikkan nafsu pasangan) melalui hubungan telefon. Dirty talk juga boleh digunakan.

#Berdasarkan kajian uk.askmen.com, rasa sunyi mahupun ketika berseorangan diri mampu untuk meningkatkan keupayaan minda untuk berfikir secara erotik dua kali ganda dari waktu ketika anda berdua. Hebat bukan?

2. Webcam sex

Anda boleh saling melihat pasangan saat menggoda satu sama lain. Dengan bantuan kamera web serta sambungan akses internet, trik ini bagai tiada beza seolah anda berdua berada dalam satu bilik yang sama. Lakukan sesuatu yang bikin si dia ghairah. Tidaklah susah mana, bukan?

See also
Ada Apa Dengan Tasmania, Australia?

3. Chat sex

Sekiranya anda tidak mahu menggoda secara berhadapan, biarkan jari-jemari ‘bekerja’ untuk anda. Taipkan apa saja yang boleh merangsang pasangan. Melalui kajian sidominews.com, menaip kata-kata seksi secara berterusan mampu membuatkan jemari anda pejal dan hangat, seterusnya melahirkan impak orgasma dalam tubuh.