Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Kini Alumni Royal Military Academy Sandhurst - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Kini Alumni Royal Military Academy Sandhurst

Nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tengku Hassanal mula tular di media sosial dan menjadi perhatian umum selepas ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimahsyurkan sebagai Sultan Pahang keenam, kemudian sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Tengku Hassanal kemudian telah dimahsyurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baru serta pemangku Raja Pahang.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah kini bakal pulang ke tanah air setelah tamat ditauliahkan sebagai pegawai tentera di Royal Military Academy Sandhurst. Ianya  dirasmikan oleh Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth II.

GLAM senaraikan fakta menarik mengenai KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, pewaris takhta Kesultanan Pahang.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah telah tamat menjalani latihan dan kursus ketenteraan selama 44 minggu di Royal Military Academy Sandhurst. Pemangku Raja Pahang itu antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di perbarisan Sovereign’s Parade di Sandhurst. Antara notable alumni bagi Royal Military Academy Sandhurst ialah termasuk Prince Harry, Prince William, James Blunt, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Mizan Zainal Abidin dan ayahanda Tengku Hassanal sendiri, Al-Sultan Abdullah.

https://www.instagram.com/p/B4whZx6nEoZ/