Sebab Sebenar Lady Gaga Putus Hubungan Dengan Tunangnya

Sebab Sebenar Lady Gaga Putus Hubungan Dengan Tunangnya

Apabila Lady Gaga berkongsikan berita gembira yang dia sudah bertunang dengan Taylor Kinney, ramai yang merasa teruja dengan kemajuan dalam hubungan mereka. Namun hubungan itu tidak kekal lama apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2016.

 

Kedua-duanya, walau bagaimanapun, tidak pernah menyatakan sebab perpisahan mereka. Misteri itu kini sudah pun terbongkar melalui dokumentari terbaru “Gaga: Five Foot Two” yang ditayangkan di Festival Filem Toronto baru-baru ini.

 

Foto Jason Merritt/Getty Images

Gaga menerangkan bagaimana hubungannya bersama Kinney mula retak kerana mereka sering bertengkar. “Saya sudah tidak mempunyai sebarang kesabaran untuk mengendalikan bull—- daripada golongan lelaki. Dalam satu hubungan, kita perlu bergerak bersama.”

 

Malah lagu “Million Reasons” daripada album “Joanne” juga menceritakan kesukaran yang dihadapinya dalam hubungan itu.

 

Dia kemudian menambah yang kerjayanya juga mungkin memainkan peranan negatif terhadap semua hubungannya.

 

“Kehidupan cinta saya semuanya punah. Saya menjual 10 juta [album] dan saya kehilangan Matt. Saya menjual 30 juta dan saya kehilangan Luke. Saya berlakon untuk filem, saya kehilangan Taylor. Ini adalah kali ketiga hati saya dihancurkan sebegini.”

See also
Top 5: MOST GLAM Next Fashion Videographer

 

Walaupun sudah berpisah, Gaga dan Kinney mengekalkan hubungan mereka sebagai sahabat baik malah Kinney juga boleh dilihat menghadiahkan Gaga dengan jambangan bunga pada hari persembahannya untuk Super Bowl. Penyanyi itu juga menyatakan yang mereka akan terus menyanyangi dan saling menghormati antara satu sama lain.

 

Gaga kini sedang dilamun cinta bersama ejennya, Christian Carino.