Menghina Meghan Markle, Putera Harry Ambil Tindakan Saman Media British
Umum mengetahui bahawa media dan tabloid British kerap mengeluarkan artikel negatif tentang Duchess of Sussex, Meghan Markle. Mereka mengkritik cara beliau menjaga anak, fashion sense dan beberapa kali memanggilnya dengan gelaran kurang enak.
Sumber melaporkan bahawa Meghan mengalami tekanan emosi dan bersedih di atas layanan yang diterima daripada media British itu. Putera Harry kini mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas dua media iaitu Daily Mail dan Mail on Sunday. Terbaharu, Putera Harry juga dikatakan mahu mengambil tindakan terhadap pemilik The Sun dan The Daily Mirror.
0 Comments