Girls Watch Too! Trafik Laman Dewasa Malaysia Naik Mendadak - Glam Malaysia

Girls Watch Too! Trafik Laman Dewasa Malaysia Naik Mendadak

Sejak wabak Covid-19 diisythiar pendemik, kerajaan Malaysia terus mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan virus ini daripada terus berleluasa, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun diarahkan sejak 18 Mac. Maka, semua rakyat Malaysia pun disuruh dan disarankan untuk terus berada di rumah dan jangan keluar. Dek itu, rakyat Malaysia dikatakan mempunyai terlampau banyak masa terluang, sehinggakan…trafik laman web Pornhub di Malaysia mencanak naik semenjak PKP dilaksanakan. Terkejut? And guess what? Girls watch too you know…

Ya, Pornhub merupakan laman pornografi terkemuka, dan ini terbukti selepas sebuah statistik dikeluarkan oleh laman porno terbesar dunia ini. Kajian yang dilakukan dari pihak mereka baru-baru ini, Malaysia berada pada tangga keempat dengan peningkatan carian sebanyak 84 peratus.

Bukan setakat Malaysia sahaja yang telah menyumbang kepada kenaikan trafik di Pornhub semasa tempoh PKP ini. Statistik mereka menunjukkan bahawa trafik di seluruh dunia melonjak sehingga 11.6% daripada hanya 6.5% dari 16 hingga 17 Mac, tarikh di mana kebanyakan negara di seluruh dunia mengisytiharkan lockdown.

See also
"We Are Completely Devastated" - Vanessa Bryant Akhirnya Bersuara

Selain itu, sehingga 12 Mac, Pornhub mendapati lebih 6.87 juta penonton mencari perkataan “corona” dan “covid” dalam tempoh 30 hari yang lalu manakala carian perkataan lain yang berkaitan naik sebanyak 1.5 juta pada 5 Mac. Slovakia menduduki tempat teratas pada tahap 119%. Walau bagaimanapun, Malaysia adalah negara pertama di kalangan negara Asia dengan peratusan tertinggi di di dunia.

#SarananGLAM: Please girls! Control yourself. Ambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan dengan keluarga, dan elakkan untuk melayari laman-laman lucah kerana ia boleh memudaratkan malah tidak galak untuk diamalkan dalam mana-mana agama sekalipun.