It's Okay Being Single On Valentine's Day, And Here's Why! - Glam Malaysia

It’s Okay Being Single On Valentine’s Day, And Here’s Why!

Lihat kiri dan kanan anda. Pastinya individu yang anda lihat kebanyakannya bersama pasangan mahupun keluarga mereka. Dalam budaya Asia, jika sesetengah individu melebihi usia tertentu dan masih bujang, mereka dianggap andartu atau lebih teruk, dianggap terlalu memilih pasangan hidup. Ada juga yang mengatakan seseorang individu perlu berpasangan agar kehidupan mereka menjadi lengkap. Sebelum anda judge mereka yang masih bujang, menurut sumber kami bariskan 10 sebab mengapa being single is awesome.

1. ANDA BELAJAR MENGHARGAI DIRI SENDIRI

Apabila berpasangan, secara automatiknya anda akan dianggap dan dijangka untuk lebih fokus pada keperluan dan kehendak  mereka, bukan lagi pada diri sendiri, menurut ahli psikologi klinikal dan pengasas MySingleSpace, Wendy Wasson, Ph.D. Jangkaan ini seringkali menyebabkan keretakan dalam satu hubungan kerana kehendak yang tinggi daripada pasangan. Tekanan ini tidak menjadi kerisauan buat mereka yang bujang kerana mereka belajar untuk menghargai diri sendiri dan meletakkan diri mereka dahulu sebelum orang lain.

2) HUBUNGAN DENGAN TEMAN MENJADI LEBIH BAIK

Jika anda lihat, apabila anda mula berpasangan, hubungan dengan teman-teman juga semakin lama semakin renggang. Mereka yang bujang pula akan lebih fokus kepada teman dan ahli keluarga dan ini akan menguatkan lagi hubungan mereka. Mereka yang tidak memiliki ramai teman mempunyai risiko untuk meninggal dunia tujuh tahun lebih awal tidak mengira usia, menurut kajian oleh jurnal PLoS Medicine yang dilakukan di Brigham Young University dan University of North Carolina.

See also
Hi-Tea Buffet Hujung Minggu Di Sunway Putra Hotel Penuh Kelas

3) TIDUR LEBIH NYENYAK