COVID-19: Elak Bersenam Di Gim Buat Sementara Waktu - Glam Malaysia

COVID-19: Elak Bersenam Di Gim Buat Sementara Waktu

Berita kurang baik buat penggemar dan pengunjung gimnasium! Berikutan wabak Covid-19, anda semua digesa supaya lebih berwaspada ketika bersenam kerana gim telah dikenal pasti sebagai lokasi yang berisiko tinggi untuk penularan wabak tersebut. Dan lebih baik untuk elakkan ke mana-mana gim buat sementara waktu.

Ini hasil kajian oleh Dr Norman Swan yang menyatakan bahawa gimnasium adalah tempat terbaik untuk virus itu tersebar kerana terdapat banyak peluh di sana. “Kelembapan adalah perkara yang tidak baik untuk menyebarkan kuman”, jelas beliau lagi. Dr Norman Swan yang juga wartawan mempunyai kelulusan dalam perubatan, dan telah menamatkan pengajian di University of Aberdeen, Scotland.

“Anda mungkin boleh dijangkiti dengan mudah, sekiranya ada penghidap Covid-19 ini datang dan menggunakan peralatan di gimnasium,” katanya kepada media, ABC.

Saranan Dr Norman Swan lagi, orang ramai perlu memastikan mereka menggunakan cecair pembasmi kuman semasa bersenam. Mereka yang mempunyai simptom, termasuk batuk serta bersin, harus menghindari daripada berada di gim sehinggalah mereka benar-benar sihat. Walau bagaimanapun, Dr David Thomas, yang juga merupakan seorang profesor perubatan menegaskan rumah ibadat sebenarnya lebih berisiko daripada gim.

See also
Yang Ekstrem Dan Beretika

Sumber: DailyMail