Checklist Seks 'Before & After'- Bahagian 1 - Glam Malaysia

Checklist Seks ‘Before & After’- Bahagian 1

Seks juga perlukan checklist? Ingatkan perkahwinan sahaja. Ya, hubungan seks juga perlukan checklist agar dapat merangsang mood, juga sesuatu yang nyaman dan menenangkan sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. Tanpa foreplay atau pra seks, pengalaman hubungan intim anda pasti jadi tidak hangat malah nampak seolah-olah dipaksa-paksa semasa berada di atas katil. Mengikut kajian yang dijalankan oleh NBC NEWS, hampir 80 peratus wanita berpura-pura klimaks ketika di ranjang. Oleh itu, dengan checklist seks ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu hubungan intim anda bersama pasangan.

PRA SEKS – Before

1. Sexting

Pasti sudah ramai yang pandai ‘dirty talk’ melalui pesanan ringkas di telefon, tetapi buat anda yang tidak pernah inilah masa untuk mencubanya! Dengan perbualan sebegini anda akan lebih kreatif dalam berimaginasi tentang apa yang anda inginkan pada pasangan anda. Bukan itu sahaja anda juga boleh berbincang dan fahami kehendak masing-masing supaya tidaklah jadi turn off bila sudah berada di kamar nanti.

See also
5 Kesan Sampingan Daripada Seks Yang Berlebihan

2. Makan Malam Istimewa

Ya bunyinya seperti di dalam filem-filem romantis, namun kalau mahu difikirkan memang tidak masuk akal, kerana kebanyakan dari kita lebih cepat lena setelah kenyang makan! Tetapi dengan pilihan makanan yang ideal dan seksi seperti stik dan ayam bakar resipi dari Itali pastinya membuat anda lebih cenderung ke arah seks!

3. Lagu-lagu Berahi

Setelah tiba di rumah lagu-lagu romantis dalam kelompok R&B akan sentiasa memberi mood yang relaks! Terutamanya lagu-lagu yang berirama chill dengan lirik lagu yang nakal. Dengan mendengar lagu sebegini, ia bakal melahirkan rasa sensual dan seksi! Seolah-olah anda sedang beraksi di dalam video klip lagu tersebut.

4. Aroma Terapi