300 Wanita Hollywood Bangkit Menentang Gangguan Seksual
Tahun 2018 mungkin membawa perubahan buat golongan wanita di Hollywood dan mungkin juga wanita di serata dunia?
Tanggal 1 Januari ini 300 orang wanita di Hollywood yang terdiri daripada ejen, penulis, pengarah, penerbit, dan eksekutif hiburan telah bersepakat untuk mengambil tindakan yang drastik terhadap gangguan seksual yang terpaksa golongan wanita harungi dalam industri perfileman dan industri-industri lain. Inisiatif yang diberi gelaran Time's Up ini dimulakan dengan surat yang dikongsikan melalui laman sesawang rasmi gerakan ini di TimesUpNow.com.
Bahagian pendahuluan surat tersebut dimulakan dengan objektif yang jelas tentang gerakan ini:
Dear sisters,
We write on behalf of over 300 woman who work in film, television and theater. A little more than two months ago, courageous individuals revealed the dark truth of ongoing sexual harassment and assault by powerful people in the entertainment industry. At one of our most difficult and vulnerable moments, Alianza Nacional de Campesinas (the National Farmworker Women's Alliance) sent us a powerful and compassionate message of solidarity of which we are deeply grateful.
Selebihnya menyentuh tentang isu-isu yang membawa kepada gerakan ini dan akuan tentang mereka memahami keperitan yang terpaksa diharungi oleh setiap mangsa gangguan seksual.
Isi-isi penting yang menjadi tiang utama inisiatif ini adalah:
- Dana perlindungan undang-undang berjumlah $13 juta untuk membantu wanita yang kurang kesistimewaan untuk melindungi diri mereka daripada gangguan seksual.
- Penggubalan undang-undang untk menghukum syarikat yang enggan mengambil tindakan terhadap laporan gangguan seksual dan untuk tidak mengalakkan penggunaan perjanjian ketakdedahan untuk mendiamkan mangsa.
- Untuk mendorong kesetaraan jantina di studio-studio dan agensi bakat.
- Permohonan untuk aktres wanita diberi peluang untuk bersuara dan memberi kesedaran di Golden Globes dengan mengenakan rona hitam dalam pakaian mereka.
Antara nama-nama besar yang menyertai inisiatif penuh bermakna ini adalah Selena Gomez, Dakota Johnson, Emma Stone, Natalie Portman, Eva Longoria, Shonda Rhimes, Ashley Judd, dan America Ferrera.
"For years, we’ve sold these awards shows as women, with our gowns and colors and our beautiful faces and our glamour. This time the industry can’t expect us to go up and twirl around. That’s not what this moment is about,” ujar salah seorang peneraju Time's Up, aktres Eva Longoria.