Populariti Waris Selebriti Hollywood Ini Setanding Ibu Bapa Mereka

Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka

Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?

 

Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.

 

Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.

8 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Ava Phillippe

Reese Witherspoon bertemu bekas suaminya Ryan Phillippe di lokasi filem. Anak mereka, Ava kini membesar menyerupai ibunya. Cantik! Namun bagi Reese, anaknya itu masih belajar dan apa juga keputusannya akan dituruti jika itulah yang terbaik. Mungkin menjadi pelakon sepertinya dan bekas suami?