Populariti Waris Selebriti Hollywood Ini Setanding Ibu Bapa Mereka

Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka

Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?

 

Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.

 

Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.

2 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Brooklyn Beckham

Membesar di depan mata peminat David dan Victoria Bekcham, Brooklyn mengikut jejak ayahnya sebagai pemain bola sepak. Kerana rupa paras yang kacak, dia mendapat perhatian jurugambar Alasdair McLellan yang memaparkan Brookly sebagai James Dean di majalah Man About Town.