Populariti Waris Selebriti Hollywood Ini Setanding Ibu Bapa Mereka

Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka

Hujung nama Depp, Beckham, Jackson, Eastwood, pasti dibenak tergambar wajah kacak mereka. Begitu juga nama Madonna, Lisa Bonet dan Cindy Crawford yang nama mereka cukup besar. Apa pula kisah anak-anak mereka?

 

Sejak kecil diburu media seiring populariti ibu bapa masing-masing. Terkadang dijerat dengan kisah kontroversi, anak-anak ini menjadi perhatian. Mereka ini cukup bertuah kerana meningkat dewasa dengan kemewahan. Malah, ada di antara mereka mengikut jejak ibu bapa.

 

Bermodalkan rupa paras menawan, anak-anak ini besar menjadi pelakon, penyanyi dan model tersohor. Tidak sukar mereka mencipta nama. Namun, ada yang telah membuktikan mereka bukan sekadar dibayangi nama keluarga tetapi sebenarnya berbakat besar.

1 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

Zoe Kravitz

Lisa Bonet dan Lenny Kravitz adalah dua nama besar sekitar 80an. Satu-satunya anak mereka membesar sebagai wanita jelita saling tak tumpah mirip ibunya. Zoe kini hebat sebagai pelakon seperti Lisa Bonet dan berbakat besar dalam bidang nyanyian seperti ayahnya Lenny Kravitz. Membintangi filem X-Men: First Class, Divergent dan banyak lagi. Dia juga model yang mendapat perhatian Vera Wang, Alexander Wang dan Alexis Bittar.

See also
STEPHANIE CHAI