Tuti Noor Mendominasi Dunia Peragawati Tanah Air - Glam Malaysia

Tuti Noor Mendominasi Dunia Peragawati Tanah Air

Tuti Noor, satu nama yang cukup hangat dalam mendominasi dunia peragawati tanah air. kini, eropah sasaran tuti untuk 2017!

 

Teks: Azza Farhana

 
[envira-gallery id=”66521″]

Kehangatan Tuti Noor sepertikan tidak surut-surut walaupun tahun lepas dia dinobatkan sebagai salah seorang wanita Most GLAM 2016. Kelibat wanita tinggi lampai ini sentiasa menjadi perhatian di majlis-majlis fesyen ibu kota. Wajahnya bukan typical pretty woman, suntikan edgy pada raut wajah yang diseragamkan dengan karakternya membuatkan dia begitu unik.

 

Saya mengenali Tuti, 25, bukan setelah dia diulit cahaya lensa penuh glamor. Tuti yang saya kenal dulu gadis muda yang berwajah manis dengan rambut trademark kerinting panjang mengurai. Pun begitu, Tuti dulu dan Tuti sekarang masih sama. Penuh santun dan merendah diri walau dirinya diselubungi kemasyhuran. Well done Tuti!

Modelling is just me.

Tuti Noor

Imej maskulin yang dibawanya di atas runway memberi kelainan pada dirinya berbanding peragawati yang lain. Hentakan ‘catwalk’ mengikut rentak muzik memberi energi agresif pada hadirin. Penangan Tuti terpilih antara 14 finalis program realiti popular dunia pencarian model, Asia’s Next Top Model musim keempat pada tahun lepas ternyata mendapat perhatian ramai pihak.

See also
Sidang Kemuncak Forbes Asia, Vivy & Neelofa Ke Manila

 

Heboh juga Malaysia apabila peragawati ini tersingkir dari rancangan realiti itu pada episod kesembilan. Hal ini kerana Tuti sentiasa cemerlang mendapat antara markah yang tertinggi untuk segala tugasan yang diberi pada minggu-minggu sebelumnya. Perang netizen juga menggila kala wanita Melayu pertama ini menyertai rancangan popular ini. Habis segala kata cacian dilemparkan pada Tuti. Meski terluka dengan kata-kata kejam netizen, namun wanita ini terus cekal dengan karier pilihannya dan terus mengejar cita-citanya. “Pembabitan saya dalam dunia peragawati ini sama sekali tidak akan menggoyahkan siapa diri saya, usahlah kalian khuatir mengenai itu,” ujarnya pendek berkaitan hal itu.

 

“Saya tak pernah masuk sekolah modelling, jadi Youtube sajalah yang menjadi bahan rujukan saya. Bagaimana mahu berjalan catwalk, cara posing bahkan sampai hari ini pun saya rajin ke laman web model untuk perhatikan pose-pose yang menarik untuk dipelajari. Ya, Youtube guru saya! Idola saya untuk Ratu catwalk haruslah Naomi Campbell dan Tyra Banks. Mereka berjalan dengan penuh karakter dan drama!”

See also
3 Stail ‘MOM TO BE’ Nurin Afiqah Pilihan GLAM

 

Sewaktu pertama kali disunting GLAM untuk menghiasi halaman fesyen, Tuti sepertikan diserang darah gemuruh apabila pertama kali membuat sesi fotografi bersama GLAM. “People tell me, once you’ve been featured in GLAM, you are on a whole other level and you become the IT girl in town! Siapa tidak gembira? Setiap kali saya keluar di majalah GLAM pasti saya akan borong majalah dan beri pada keluarga. Itu hasil kerja saya, dan saya bangga! Dan apabila saya terpilih untuk menjadi salah seorang cover girl GLAM pada isu Mac 2013, my checklist keeps on growing!” ujar Tuti.

 

Lima tahun berkecimpung dalam dunia peragaan secara serius tenyata saban tahun membawa peningkatan. Azam Tuti buat 2017 untuk menapak kerjaya peragaannya di Eropah mengikut jejak teman baiknya Atiqah Karim. “Walau apa pun terjadi, saya akan pastikan saya mesti melakar kerjaya di sana pada tahun ini! Doakan ya,” ujar anak kelahiran Perak ini penuh yakin.

See also
Model Bertatu Popular, Zombie Boy, Mati Akibat Kemurungan

 

“Jujurnya pada awal pembabitan saya, keluarga tidak bersetuju dengan pilihan saya. Setelah saya membuktikan pencapaian saya dalam arena ini, kedua ibu bapa sayalah pendukung semangat diri ini untuk tidak menyerah. Kata-kata ayah setiap kali berjumpa membuatkan saya sebak dan tidak mahu menghampakannya. “Tuti anak ayah, make us proud okay?” Akan saya ingat kata-kata itu sampai bila-bila. I’m always a daddy’s girl, tetapi saya selalu team mak saya!