Status Baru YM Che Puan Sarimah Ibrahim Tidak Mengubah Dirinya

Status Baru YM Che Puan Sarimah Ibrahim Tidak Mengubah Dirinya

Seorang wanita yang dikenali dengan perwatakannya yang ceria dan disenangi ramai, YM Che Puan Sarimah Ibrahim menjadi personaliti TV kegemaran ramai sejak dia membuat kemunculan dalam industri pada 1996. Apabila dia menghilangkan diri daripada lensa kamera, orang ramai mula tertanya-tanya perihal aktiviti Sarimah.

 

Namun semuanya terjawab apabila dia mengumumkan perkahwinannya bersama YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (lebih mesra dipanggil Tunku Jamie) daripada kerabat Diraja Negeri Sembilan. Walaupun pada mulanya dia membayangkan kehidupannya bakal berubah setelah menjadi sebahagian daripada kerabat diraja, Tunku Jamie walau bagaimanapun tidak mahu mengekang minat Sarimah untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengacara dan personaliti TV.

 

“Semua yang mengenali saya tahu Sarimah Ibrahim sentiasa menghambakan diri kepada kerjaya. Tak kiralah mengacara, berlakon atau menyanyi. That’s my life! Saya tak mahu jadi Che Puan goyang kaki dan saban hari kerjanya hanya bershopping. Meski saya tahu ramai yang mahu saya berbuat demikian. No!“*

 

Bersempena dengan GLAM Julai 2017: Royalty Issue kali ini, GLAM mendekati YM Che Puan Sarimah sekali lagi untuk berkongsi lebih mendalam mengenai kehidupannya sebagai ahli baru kerabat Diraja Negeri Sembilan.

 

Bagaimana kehidupan selepas berkahwin dengan salah seorang kerabat diraja?

See also
Jenama Baru Lokal Harus Anda Kenali

 

Kehidupan saya lebih kurang sama dengan kehidupan sebelum perkahwinan kerana saya terus bekerja dan menjadi diri saya sendiri. Saya pergi ke gim setiap hari, kelas pilates bersama teman-teman saya. Perubahan pada hidup saya hanyalah status saya sebagai isteri seseorang. Saya memikirkan tentang suami saya dan diri saya dan suami saya adalah insan yang amat penting dalam hidup saya. Lagi satu adalah saya kini mempunyai keluarga yang lebih besar dan ini termasuk juga teman-teman baru. Saya juga menghadiri lebih banyak acara berprotokol. Saya perasan orang mula melayan saya dengan lebih formal tatkala menghadiri acara-acara sebegini dan ini membuatkan saya merasakan tanggungjawab saya lebih besar sebagai seorang wanita dan isteri setelah menyandang status baru ini. Namun disebalik semua ini – saya masih diri saya sendiri. 

 
[envira-gallery id=”68942″]

Adakah kamu rapat dengan ahli kerabat diraja yang lain?

 

Saya rapat dengan semua keluarga suami saya seperti mana saya rapat dengan keluarga saya sendiri. Kami sering melawat YMM Tuanku Najihah untuk meluangkan masa dengannya; sama ada makan bersama mahupun sewaktu acara formal.

 

Pernah menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan adat dan protokol Istana?

 

Ia tidak sukar bagi saya kerana saya sudah berada dalam industri hiburan selama 18 tahun sebelum saya bertemu suami saya pada tahun 2013. Melalui pengalaman saya, saya pernah mengacara beberapa acara yang memerlukan protokol. Fakta menarik: Saya pernah mengacara dan menghadiri beberapa acara yang melibatkan kelaurga dan rakan suami saya namun kami tidak pernah sekalipun bersua muka! Can you imagine? Sudah tentu setiap keluarga mempunyai budaya dan adat mereka tersendiri dan Tunku Jamie sering membimbing saya untuk menyesuaikan diri kepada adat-adat tertentu.

See also
Rahsia Kecantikan Scha Alyahya

 
[envira-gallery id=”68943″]

Ada merasai sebarang perubahan dari segi personaliti dan cara kamu membawa diri?

 

Tidak kerana saya sudah pun dianggap sebagai seorang public figure dan peminat-peminat juga mengenali diri saya yang sebenar. Saya tidak rasa saya perlu mengubah diri saya hanya kerana saya mempunyai status yang berbeza sekarang. Namun saya menyesuaikan diri dengan mengikut adat dan jangkaan ramai untuk acara dan kemunculan yang melibatkan kerabat Diraja.

 

Sebagai kerabat diraja, adakah kamu rasa lebih bertangungjawab kepada orang awam?

 

Saya sering merasa bertanggunjawab sebelum ini dan saya akan terus mempunyai merasa sebegitu. Sebagai seseorang yang berada di mata umum, saya merasakan ia penting untuk menjaga imej saya sendiri.

 

Berikan 5 fakta menarik mengenai keluarga diraja;

 

  1. Suami saya mempunyai sedikit keturunan Irish- moyangnya adalah separuh Irish! Saya juga separuh Irish jadi dia sebenanrnya 1/16 Irish!
  2. Mereka semua suka bersukan– sama ada bermain sukan mahupun menonton sahaja. Terutamanya squash dan golf.
  3. YMM Tuanku Najihah berjaya mendapatkan tiga hole in one dalam sukan golf!
  4. Terdapat sebuah galeri di Seremban yang didekasikan sepenuhnya kepada Almarhum Tuanku Ja’afar dan mempunyai memorabilia milik Almarhum seperti lukisan, pakaiannya sebagai Agong, dan banyak lagi.
  5. Suami saya dilahirkan pada 20 februari dan saya pula 19 Februari! Kami juga merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik.
See also
Raikan Kegembiraan Lebaran Tahun Ini Dengan Baskin-Robbins X dUCk

 

Kamu menyepi buat seketika sebelum kembali kepada kerjaya kamu. Apa pendapat suami dan keluarga kamu mengenai pilihan ini?

 

Ya saya sudah kembali mengacara rancangan saya sendiri di TV3 dan beberapa lagi projek yang akan datang. Saya juga menjalankan perniagaan bersama suami saya. Tunku Jamie sentiasa menyokong saya dan kerjaya saya. Malah dia juga sering menemani saya ke sesi penggambaran dan acara-acara luar kerana dia juga menyukainya. Mertua saya juga menyokong pilihan kerjaya saya ini.

 

Foto: Rizman Ruzaini

*Dipetik daripada Isu GLAM Februari 2017 .