Sembang Fesyen: Zakwan Anuar

Sembang Fesyen: Zakwan Anuar

ZakwanAnuarZakwan Anuar di pentas GLAM Fashion Future.

 
Kreativiti anak muda bernama Zakwan Anuar nyata mendapat sambutan hangat sehingga berjaya menempatkannya sebaris dengan pereka muda terbaik Kuala Lumpur masa kini.
 
Bagaimana label Zakwan Anuar bermula?
Label Zakwan Anuar mula diperkenalkan di pents MiFW pada 2011 yang menyaksikan persembahan koleksi sulung saya, himpunan musim bunga/panas 2011. Cukup teruja apabila rekaan saya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar fesyen tempatan. Mereka setia mengikuti perkembangan terbaru daripada Zakwan Anuar. Saya kerap berhubung melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram dan e-mel. Bagi saya kepuasan pelanggan adalah keutamaan.
 
Antara momen paling bermakna adalah…?
Semestinya saat saya melancarkan label Zakwan Anuar pada 2011. Momen yang tidak akan saya lupakan!
 
Apakah yang membuatkan rekaan anda berbeza berbanding pereka sekarang?
Saya cuba ketengahkan sesuatu yang baru dan segar di dalam industri fesyen kita. Less is more! Bagi saya designing is a passion! Saya suka mencari inspirasi dan meneliti setiap pergerakan dan memilih pakaian si pemakai. Melihat rekaan diperagakan di pentas peragaan, it’s a surreal feeling! Setiap pereka mempunyai kekuatan tersendiri.
 
Adakah terdetik untuk ke peringkat antarabangsa? Mungkin Asia Pasifik?
Ya! Sudah menjadi impian setiap pereka di Malaysia untuk membawa nama ke persada antarabangsa, mengikuti jejak langkah Datuk Bernard Chandran, Datuk Zang Toi dan Jonathan Liang.
 
Jenama fesyen kegemaran?
Saya sangat kagum dengan kesederhanaan dan kekuatan jenama Celine. Saya turut teruja akan jenama Lanvin. Alber is a genius!
 
Pandangan anda tentang suasana fesyen semasa di Malaysia secara khususnya dan Asia secara amnya.
We’re heading to a very bright future! Kemunculan ramai pereka muda banyak mempengaruhi suasana fesyen tempatan.
 
Pereka antarabangsa kegemaran di kala berlangsungnya musim minggu fesyen?
Tentu sekali Prada! Miuccia is a storyteller setiap kali mempersembahkan himpunan terbaru. It’s like watching a movie.
 

See also
GLAM Exposé: Casual Sex - Tiada Ikatan, Zero Komitmen, Bebas Emosi

zAKWANanUAR_Koleksi Zakwan Anuar di pentas GLAM Fashion Future.