Sembang Fesyen: Nelissa Hilman

Sembang Fesyen: Nelissa Hilman

Nelissa Hilman
 
Obsesi terhadap kasut membawa Nelissa Hilman kembara beberapa tahun daripada Malaysia ke Florence, Itali bagi mendalami ilmu pembuatan kasut. Kolaborasi hangat bersama Jonathan Liang di Minggu Fesyen Kuala Lumpur terus mengintip peluang terbaru dan lebih mencabar.
 
Pereka kasut kegemaran?
Antara salah satu faktor, saya mendalami ilmu ke Florence, Itali adalah kerana terlalu menyanjungi kehebatan pereka Salvatore Ferragamo yang disifatkan sebagai genius. Kreativiti dalam menggabungkan hasil seni, fesyen dan material luar biasa pada usia yang masih muda malah, kolaborasi antara Thayaht, Sonia Delaunay, Duchamp dan Gio Pontise kitar era 20-an membuatkan saya begitu kagum dengan kehebatannya dalam membina nama serta karier.
 
Pendapat anda mengenai golongan fesyen Malaysia?
Semakin hari mereka tampil dalam persalinan penuh bergaya malah sektor fesyen di Malaysia semakin mendapat sambutan luar biasa terutama jika ada pertunjukan fesyen yang menggabungkan seluruh pereka tempatan di bawah satu bumbung demi mempamerkan karya mereka. Dengan kehadiran acara berprestij ini, memudahkan golongan ini mengekspresikan idealis gaya mereka. Berani dan unik.
 
Gaya signature Nelissa Hilman?
The Duma flats is definitely our signature! Rekaan The Duma sememangnya dihasilkan bagi menyenangkan pemakainya dan selesa ketika melangkah bersamanya. Malah, saya juga tidak terkecuali menyarungnya setiap kali tampil keluar untuk ke tempat kerja mahupun bersiar-siar.
 
 

See also
Introducing: Fariza Sakina Berkilauan Indah Dengan Bvlgari