Sembang Fesyen: Afiq Mohamed

Sembang Fesyen: Afiq Mohamed

AfiqM_Gambar: Afiq Mohamed

 
Pereka tempatan  ini yang semakin melonjak nama dalam persada fesyen bumiputera pernah membuat peragaan di pentas Minggu Fesyen STYLO 2011 di bawah koleksinya iaitu Afiq M. Ikuti sembang fesyen bersamanya.
 
Maksud fesyen dalam diri Afiq Mohamed?
Sesungguhnya keriangan. Dunia fesyen memberi saya kehidupan, cinta dan semangat persahabatan. Malah, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bekerja dengan golongan profesional dalam industri fesyen seperti ketua pengarang majalah, penata gaya dan peragawati tempatan. Sejujurnya, saya ingin menghasilkan sesuatu karya yang memuaskan setiap impian orang. Hingga kini, masih terkejar-kejar untuk mengecapinya.
 
Siapakah peragawati tempatan kegemaran anda?
Terlalu ramai menjadi kegemaran saya dan ianya amat sukar untuk memilihnya. Bagi saya, kelompok peragawati senior seperti Tengku Azura dan Tini mempunyai aura tersendiri ketika di pentas peragaan ataupun di set pengambaraan. Manakala fresh look seperti Tuti Mohd Noor, Dayang Atikah dan Rita Suraya juga ada kekuatan tersendiri dan mereka merupakan teman rapat saya. I love them so much!
 

See also
Gaya Ratu Rihanna Di Tayangan Perdana Filem Terbaharunya!

Tuti AfiqMTuti Mohd Noor menghiasi kempen Spring/Summer 2015 Afiq M.

 
Ketika proses melakar sesuatu rekaan, bahagian apakah menjadi kegemaran anda?
Saya suka menatapi gambar atau sesuatu objek di mata kasar. Permulaan proses ketika lakaran saya akan mengambil inspirasi daripada personaliti seseorang contohnya ikon fesyen, kelompok fesyen dan peragawati terkenal dunia.
 
Mentor?
Saya mengaku dalam arena fesyen tempatan masih bertaktih secara berperingkat tetapi menggalas tanggungjawab pereka bukanlah suatu perkara mudah. Ia memerlukan mentor atau rujukan yang bersesuaian. Pilihan saya ialah Zang Toi dan Bernard Chandran. Kehebatan mereka hingga dikenali di peringkat antarabangsa amat membanggakan. Mungkin suatu hari nanti saya pula bakal menduduki tempat mereka.
 
Di manakah anda dapat sumber inspirasi?
I could get inspired anytime, anywhere! Tetapi selalunya saya akan mendapat ilham ketika membaca majalah, layari internet dan berada di jalanan. Jika berkaitan dengan perihal wanita seperti cara mereka berjalan, bercakap dan melibas rambut secara lembut sentiasa menjadi sumber inspirasi saya.
 
 

See also
Most GLAM 2016: The Digital Generation, 10 Wanita Yang Mendefinisikan Glamor Era Digital