Cucu dan anak kepada dua penyanyi ternama, Bob Marley dan Lauryn Hill,
Selah Marley turut mewarisi bakat datuk dan ibunya dari segi muzik. Namun minatnya lebih menjurus kepada fesyen dan dia membuat keputusan untuk mengambil cuti daripada kolej dan mengejar impiannya sebagai seorang model sehingga dia dapat berjalan untuk Chanel dan Yeezy. Selain itu dia juga berpeluang untuk menyertai kempen Calvin Klein dan Ivy Park.