10 Soalan Bersama Rizalman Ibrahim

10 Soalan Bersama Rizalman Ibrahim

Rizalman IbrahimRizalman Ibrahim. Gambar: GLAM Lelaki/Chuan Looi

 
Meniti kejayaannya sebagai salah seorang pereka gaun pengantin tersohor tanah air, Rizalman Ibrahim dilihat sebagai pereka fesyen yang berbakat luar biasa dan keberaniannya dalam berkarya dijulang.  Muncul sebagai graduan terbaik dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM, anak jati kelahiran Pulau Mutiara ini mengangkat pengalaman sebagai guru terhebat. Baginya suka duka, susah dan senang harus diharungi bagi menghargai kesenangan yang akan datang.
 
1. Hari indah adalah…
Apabila meluangkan lebih masa di rumah bersama anak-anak dengan menikmati hidangan kegemaran yang sudah siap disajikan di atas meja.
 
2. Perkara yang paling ditakuti?
Semestinya, bila membayangkan mengenai amalan dan perbuatan saya bagi menghadapi hari pembalasan.
 
3. Cita-cita sewaktu di bangku sekolah?
Pereka hiasan dalaman. Bagaimanapun tidak mendapat peluang meneruskan pengajian tetapi atas limpah berkat olehNya, kini saya berdiri sebagai seorang pereka hiasan dalaman dengan hasil usaha dan pengalaman yang berharga!
 
4. Filem yang jalan ceritanya mirip dengan kehidupan anda?
Filem arahan David Frankel, The Devil Wears Prada dan karakter Miranda Priestly itu adalah biasan saya!
 
5. Jika anda berkebolehan untuk menulis sebuah buku, apakah kandungannya?
Menerbitkan sebuah penulisan biografi berjudul The Ugly Truth of Rizalman Ibrahim yang menceritakan pengalaman peribadi dan kisah hidup yang ditempuhi semata untuk mencari keindahan di dalam kehidupan.
 
6. Jika anda mengarah filem, apakah pula jalan ceritanya?
Perang di antara pereka-pereka fesyen. You’ll be amazed at what you might see at the backstage or behind the scene!
 
7. Gambarkan anda sebagai lagu?
The Colours of My Life nyanyian Celine Dion. Bait-bait liriknya mewakili perasaan saya.
 
8. Nasihat anda buat anak-anak dalam penampilan pemakaian?
Wear ironed clothes! Jangan malas untuk menggosok baju kerana adalah penting untuk tampak kemas.
 
9. Jika dikurniakan superpower, anda ingin…
Memiliki keupayaan untuk berada di beberapa tempat dalam satu masa. I really need that now!
 
10. Era fesyen kegemaran?
The 50’s!
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Ogos 2014
 
 

See also
Panduan Pil Perancang Kehamilan Yang Anda Perlu Tahu