Rihana Petra Akan Didik Ismail Leon Mengikut 'Caranya' - Glam Malaysia

Rihana Petra Akan Didik Ismail Leon Mengikut ‘Caranya’

Adakah anda masih ingat akan Rihana Petra, bekas isteri kepada bekas YDPA dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V? Baru-baru ini, Rihana diketahui umum sering memuat naik foto beliau bersama anak tunggalnya,Ismail Leon. Malah beliau tanpa segan silu berkongsi coretan mengenai kisah kehidupan diri tanpa suami di sisinya termasuk perkembangan Ismail di Instagram rasminya. Dilihat semakin membesar riang dan comel, terkini Rihana berkongsi kisah di mana selama ini dirinya sentiasa inginkan anak sulung lelaki.

https://www.instagram.com/p/B9EOVLzCUN3/

Malah sebaik disahkan hamil, tak terlintas dalam diri Rihana untuk memiliki anak perempuan. Ditanya apakah harapan untuk Ismail, jelas Rihana, “Saya mengimpikan anak lelaki saya kelak akan menjadi seorang ahli sukan sama ada secara profesional atau pun sekadar hobi sahaja”.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Beliau Perkenalkan Dirinya Raja Malaysia, Saya Ingat Itu Jenaka…’ Rihana Petra Dedah Bermula Kisah Cintanya Bersama Sultan Muhammad V

https://www.instagram.com/p/B-Hb9Cpq5wz/?utm_source=ig_embed

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya Tidak Dapat Menahan Air Mata…Namun Ia Tangisan Kegembiraan…’ Rihana Petra Tetap Bersyukur Walaupun Diceraikan

See also
Tribute Istimewa Aqua Terra Oleh OMEGA di Venice

Bagaimana pula dengan soal didikan, adakah Ismail akan dididik dan dibesarkan mengikut agama Islam? Ini jawapan Rihana. “Saya membesarkan Leon sebagai orang baik yang akan memperlakukan wanita dengan baik dan menghormati orang lain, bukan yang berpura-pura berdoa tetapi sebenarnya seorang yang tidak peduli tentang anak lelakinya.” Rata-rata ramai yang menyambut baik komen yang diberikan Rihana. Semoga ibu dan anak ini dikurniakan yang baik-baik sahaja.