Dengan hanya berbekalkan iPhone miliknya dan beberapa aplikasi muzik, Steve Lacy melakar nama ke dalam industri muzik hip hop dengan semangat tekal dan usaha yang telus untuk memperkenalkan bakatnya kepada dunia. Melalui album yang Steve memainkan peranan besar dalam proses penerbitan, Ego Death (2015), remaja ini bersama-sama dengan kugirannya telah menerima pencalonan Grammy untuk kategori Album Kontemporari Urban Terbaik.