Quotes Paling Ikonik Yang Pernah Dilontarkan Karl Lagerfeld - Page 2 of 18

Quotes Paling Ikonik Yang Pernah Dilontarkan Karl Lagerfeld

Dunia fesyen dikejutkan dengan berita perit apabila laporan pemergian Karl Lagerfeld tersebar luas. Pada usia 85 tahun, Lagerfeld akan diingati sebagai seorang ikon fesyen yang cukup berbakat.

Selama tujuh dekad dia berbakti kepada industri penuh pancaroba ini, 36 tahun sahaja sudah diabadikan di Chanel. Malah Chloe dan Fendi juga antara jenama yang menerima sentuhan kreatif lelaki Jerman itu. Dalam tempoh itu juga, Lagerfeld juga cukup dikenali dengan kata-katanya yang kadangkala dianggap penuh kontroversi dan "pedas" menurut beberapa pihak.

 

Ada yang setuju dan ada pula yang terguris hatinya. Jujur dengan hati dan pegangan hidupnya, Kaiser Lagerfeld was a man of few words tetapi dia tidak akan mencuba menanam tebu di tepi bibir untuk menjaga hati orang ramai. Jadi GLAM himpunkan petikan kata-kata ikonik dan penuh kontroversi oleh Lagerfeld.

2 of 18
Use your ← → (arrow) keys to browse