Pewaris Taktha Diraja Junior Serata Dunia Anda Harus Kenali

Pewaris Takhta Diraja Paling Muda Di Dunia

Apabila perihal anak-anak muda kerabat di raja dibincangkan, Putera George dan Puteri Charlotte sering menjadi topik perbualan ramai menobatkan mereka sebagai kerabat di raja muda yang paling popular di dunia. Namun Putera George dan Puteri Charlotte bukanlah satu-satunya pasangan adik-beradik kerabat yang fashionable dan juga pewaris kepada takhta monarki mereka.

 

Bagaimana kita boleh tidak mengambil endah pasangan cahaya mata Raja Felipe VI dan Ratu Letizia dari Sepanyol, Puteri Leonor dan Sofia? Atau Putera Moulay El Hassan dari Maghribi?

 

Jadi GLAM menyenaraikan pewaris-pewaris takhta monarki dari seluruh dunia.

11 of 11

Puteri Leonor, Asturias

YM Puteri Asturias Leonor (kanan) atau nama penuhnya Leonor de Todos los Santos de Borbón y Ortiz merupakan pewaris dugaan kepada takhta Sepanyol selepas ayahandanya Raja Felipe VI. Selain gelaran Princess of Asturias, Puteri Leonor turut dikurniakan beberapa lagi gelaran seperti Princess of Girona, Princess of Viana, Duchess of Montblanc, Countess of Cervera dan Lady of Balaguer. Adindanya, Puteri Sofia (kiri) adalah waris ketiga untuk takhta Sepanyol.