Personaliti: Natasha Hashim - Glam Malaysia

Personaliti: Natasha Hashim

natasha hashim

Kediaman mewah miliknya, dihiasi lukisan abstrak dan arca, ibarat Muzium Louvre, Paris. Adakah dia seorang berjiwa seni yang tegar? Natasha Hashim adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Tertinggi dalam bidang pengurusan fesyen di London College of Fashion dan pernah mencipta aksesori rekaan tersendiri. Katanya, “I’m an outdoor type of girl. Saya minat wakeboarding, selam skuba, rock climbing, flying dan memancing di laut dalam.”

 

access

Rantai dari Tiffany & Co. pemberian bonda sewaktu hari jadi ke-21, cincin BVLGARI kegemaran Natasha dan gelang Pandora simbol persahabatannya


 

Personaliti berbintang Aries ini pernah memenangi tempat pertama rancangan realiti di NTV7 bertajuk Who Will Win: TV Spokesmodel sekitar 2004 dan menjawat jawatan Ketua Penyiaran Bahagian Mustika HD dan Bella. Walau kesibukan bidang penyiaran tidak mengira siang atau malam, Natasha tidak pernah berenggang dengan aksesori-aksesorinya. Baginya, hiasan wanita membangkitkan keyakinan seseorang wanita.

 

wf0264

 

Berbual soal fesyen, gaya mewah glamor daripada Alexander McQueen dan Gucci menjadi pilihan. “Jika ia berlandaskan gaya punk rock atau rekaan statement seperti yang ada perincian stud, pasti saya akan membeli tanpa teragak-agak.” Untuk pereka tempatan pula, Jovian Mandagie menepati selera Natasha. Si gadis lasak ini juga setia pada dua rona iaitu merah dan hitam.

See also
Nora Danish: Blessed & Contented

 

Mengenai rahsia kulitnya yang mulus itu, Natasha sekadar mempraktikkan sapuan krim malam sebelum masuk beradu.