Personaliti GLAM: Zahida Rafik - Glam Malaysia

Personaliti GLAM: Zahida Rafik

 

Siapa tidak kenal Zahida Rafik? Wanita cantik usia 42 ini suatu ketika dulu hangat mewarnai industri layar perak tanah air. Meski dia sudah tidak aktif dalam dunia seni,  popularitinya masih kekal hingga ke hari ini. Peminat-peminatnya setia mengikuti perkembangan empunya diri melalui akaun Instagram miliknya yang kini sudah mencecah hampir 200,000 ribu pengikut. Begitulah penangan Zahida walaupun sudah tidak terbabit dalam dunia lakonan lagi.

 

Saat si jelita ini muncul di studio, aura glamor dan positif ini bertebaran di seluruh ruang. Senyuman manis yang dilemparkan amat menyenangkan mata yang memandang. Pada mata saya, personalitinya mempesonakan dan butir bicara yang terbit dari bibirnya menggambarkan dia wanita cekal dan positif dalam meniti kehidupan seharian. Kala Khir Khalid berkarya mengindahkan wajahnya, Khir sempat berbisik pada saya, senang kerja I hari ni, hidung dia mancung. Dan kami yang ada di situ ketawa mendengarnya.

 

Menyingkap jendela hidupnya, Zahida akui dirinya positif dalam apa jua keadaan. Ternyata pengalaman telah mematangkan dirinya, dan menyifatkan dirinya seorang yang pemaaf. Zahida juga amat menghargai sesebuah persahabatan itu. “Jujur saya kata bukan mudah untuk memaafkan orang yang telah menyakiti kita, tetapi setelah saya cuba redha dan memaafkan semua orang sebelum saya melelapkan mata pada setiap malam, alhamdullilah Tuhan memberikan saya suatu perasaan yang sangat indah selepas itu. Itulah resepi kebahagian saya.” Ujarnya tersenyum manis membuka bicara.
 

 

Fit & Fabulous

Sesiapa yang mengikuti perkembangan wanita ini pasti tahu dirinya senantiasa dikelilingi dengan keluarga dan gaya hidupnya meriah dengan kehadiran teman-teman yang sering berkunjung ke rumah berserta trend fesyen semasa yang digayakan kala menghadiri majlis. Tentu sekali banyak mata cemburu yang mengintip kehidupan wanita ini. Pasti wanita cantik ini mengundang iri pada yang memandang. Orangnya sentiasa tampil cantik, trendy dan bijak membawa diri ke majlis-majlis sosial. Kata Zahida selain bergaya hobi barunya kini memasak. Dia mengakui sebelum ini dia langsung tidak pandai memasak tetapi bangga dengan ibunya yang hebat di dapur.  

See also
Tiga Rupawan Berkongsi Manifestasi Fitness Addict Dalam Menjalani Gaya Hidup Sihat

 

“Selama ini saya tinggal di rumah ibu, dapat makan sedap setiap hari, jadi apabila duduk rumah sendiri, I definitely miss my mom’s dishes. Tak kan hari-hari ke rumah ibu untuk makan, jadi saya ambil inisiatif untuk menelefon ibu setiap hari bertanya resipi, catat dan transfer every recipe into a book. Daripada situlah saya bereksperimen dengan skil masakan saya,” ujar Zahida jujur. Dia juga sering ke pasar kerana mahu memilih sendiri ikan, sayur dan sebagainya.

 

“I love the kitchen. Saya suka memasak dan menjamu orang. Kerana itu teman-teman sering bertandang ke rumah kerana saya suka meraikan mereka dengan air tangan sendiri. Apabila melihat mereka kenyang dan suka dengan lauk pauk yang saya masak ia menjadi terapi buat saya! Selalunya bila dah penat masak, saya tak rasa nak makan pun, but just watching my guest eat my dishes is more than enough for me. Doakan saya agar perancangan saya untuk keluarkan buku resipi saya sendiri ini dipermudahkan. Insya-Allah.”

 

Meninjau di akaun sosial Instagram miliknya, ternyata dia amat komited dengan regim senaman. Harus saya akui di sini her body is so toned! Saya sendiri iri melihat otot-otot pada tubuhnya. Zahida begitu semangat saat menceritakan rutin fitnessnya. “Hari saya sangat padat dengan rutin senaman. Mula-mula tu, memang badan rasa sakit-sakit because my muscle started to contract. Saya mula ketagih apabila melihat hasil pada tubuh. Saya request kepada personal trainer untuk dapatkan sexy and toned back, thus far I have put 200 per cent determination in getting it. Dan saya sangat bangga dengan hasil pada tubuh badan saya. Trainer saya sampai cakap susah nak dapat pelanggan macam saya yang memang nekad untuk dapatkan badan idaman. Kadang-kadang saya sibuk whatsapp personal trainer saya “Shall I do that… shall I do this…” Sampai dia selalu cakap “Zahida you are doing perfect! You always do above and beyond Zahida, keep up the spirit!”

See also
GLAM Life: Nora Khalid

 

Sambung Zahida lagi, dia mulai suka bersenam sewaktu usia mencecah angka 40. Berat idealnya adalah 50kg tetapi kala itu berat badannya 60kg dan dia berusaha untuk menurunkan berat badan. Selepas membabikan diri dengan dunia fitness, dirinya terasa janggal dan tidak senang duduk jika dalam sehari dia tidak work out di gimnasium  dan katanya ini menjadi ketagihannya. “Beginilah, saya menganggap work out itu sebahagian daripada lifestyle saya. Kalau kita perlukan makanan setiap hari, begitulah saya perlukan senaman dalam hidup. Tetapi saya tidak pernah berdiet. Ada orang tak makan nasilah, itulah inilah, saya makan semuanya. Cuma porsi yang saya ambil itu berpada-padalah. I think it is torturing when you have a hardcore workout schedule and still control your eating.”

 

 

Fashion At Heart

Penampilannya di majlis-majlis di ibu kota tidak pernah menghampakan. Dari gaya rambut, solekan dan fesyennya semuanya kena dengan tema yang diberikan pihak penganjur majlis. Menurut Zahida, dia hanya akan pergi ke majlis apabila ada ‘mood’ sahaja. Kerana dia tidak mahu bersiap ala  kadar  hanya semata untuk ke majlis. “Saya suka bersiap cantik. Apabila ke majlis saya pastikan saya berdandan cantik dan mengikut tema. When you are invited to an event you have to make an effort to look good in order to respect the event. Jadi jika saya mahu ke majlis saya akan bongkar wardrobe saya dan lihat baju yang terbaik untuk majlis itu. Yes I do my own styling! Trademark fesyen saya bukanlah seorang yang gemarkan gaya ‘loud’. Prinsip ‘less is more’ saya semat kemas di sanubari. Saya suka mengenakan sesuatu yang minimal tetapi masih tampak elegan,” kata wanita ini lagi biarpun dia sangat sukakan fesyen, tetapi dia tidak mahu menjadi mangsa fesyen dengan membeli semua keluaran terbaru jenama berlabel. Sebaliknya dia akan memilih dengan teliti sama ada dirinya boleh membawa imej sesuatu produk itu dengan baik atau tidak sebelum membeli.

See also
Trend - Sapaan Bayu di Kediaman

 

Dia antara yang bertuah kerana mendapat jemputan menghadiri minggu fesyen di luar negara untuk jenama mewah seperti Chanel. Pengalamannya di sana adalah antara yang termanis buatnya sebagai seorang  pencinta fesyen. Walaupun banyak jemputan yang diterima, Zahida terpaksa memilih beberapa show sahaja dek kerana kekangan waktu. “Satu harus saya akui, workmanship baju disana sangat bermutu tinggi yakni teliti dan kemas. Kerana itu jenama berlabel ini mahal. Dan saya harap pereka kita juga boleh menghasilkan helaian yang penuh dengan kehalusan seperti itu suatu hari nanti. Saya juga banyak membeli adibusana daripada pereka tempatan kerana rekaan mereka banyak yang memikat hati saya.”

 

 Menjelang syawal ini, sempat saya bertanya tentang rutin di pagi Raya. “Hari Raya adalah hari yang selalu saya nanti-nantikan”. Kerana pada bulan syawal inilah Zahida berkesempatan berjumpa dengan saudara-mara semua baik yang jauh mahupun dekat. Setiap tahun, dia wajib beraya bersama ibu bapa dan adik-beradik. “Seminggu sebelum Raya kami semua sudah sibuk memikirkan menu untuk menjamu tetamu. Ibu saya bertindak sebagai head chef, kakak sulung adalah chef nombor dua dan saya pula chef nombor tiga. Kami bertiga akan masak, masak dan masak sehingga malam. Malam Raya pertama pun saya masih memasak untuk menu Raya kedua.” Sebelum pulang Zahida sempat beritahu saya yang banyak lagi baju Raya tahun lalu yang tidak dipakai lagi, jadi untuk tahun ini cukuplah dia menempah tiga pasang sahaja.

 

Teks & Penyelaras: Azza Farhana
Penat:a Gaya Suzie Adnan
Arahan: Seni Mahirah Nadzlim
Solekan: Khir Khalid
Dandanan: Bryan Loh, SNIPS international
Gambar: Eric Chow/ Blink Studio