Beberapa hari sebelum pementasan musim luruh/sejuk di Minggu Fesyen Paris, Carven mengumumkan bahawa Alexis Martial dan Adrien Caillaudaud dilantik menjadi pengarah kreatif koleksi wanita jenama itu.
Ketua Pegawai Eksekutif jenama itu, Henri Sebaoun berkata, “Kami menyambut kedatangan Alexis dan Adrien ke Carven dengan tangan terbuka untuk terus membias rasa segar dan anggun wanita Paris buat wanita masa kini. Kami juga merasa teruja untuk melihat visi kreatif yang akan dibawa mereka nanti.”
Koleksi debut mereka akan dipersembahkan pada pentas musim luruh/sejuk nanti.