“Percaya atau tidak, saya sudah lama berkecimpung dalam dunia peragaan, sejak usia 20 tahun lagi. Ketika itu hanya buat secara suka-suka kerana mahu mengumpul duit poket untuk menampung perbelanjaan saya sebagai pelajar jurusan fotografi. Maka saya lebih fokus pada pertunjukan fesyen pelajar dan membuat fotografi buat majalah-majalah kecil terbitan lokal.”